comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki kritikal selepas kereta terjunam dalam tali air

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Seorang lelaki kritikal, manakala dua lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kampung Gunung Sali, di sini lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terbabas kedalam tali air.

Seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari BBP Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, kenderaan itu membawa tiga individu, iaitu dua lelaki dan seorang wanita lingkungan usia 20-an. Ketika pasukan kami tiba, kesemua mangsa sudah berjaya dikeluarkan orang awam.”

“Bagaimanapun, seorang dari mangsa lelaki berada dalam keadaan kritikal dan diberikan bantuan pernafasan dan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dua lagi mangsa katanya mengalami cedera ringan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini