comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki kudung tangan antara dua didakwa edar 21kg heroin

FOTO: NSTP

IPOH: Dua lelaki termasuk seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) kudung tangan kiri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan mengedar lebih 21 kilogram (kg) dadah jenis heroin, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh OKU S Genesan, 39, dan R R Pirapagaran, 39 memandangkan kes yang memperuntukkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama mengedar dadah jenis heroin  di 2A,  Jalan Jelapang Bayu 6, Puncak Jelapang, kira-kira jam 9 malam 16 Mei lalu.

Pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Jesseca Daimis mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengkikut Seksyen 39B(2) Akta  sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati maka hendaklah dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syahirah Azahar sementara peguam, Dayang Nor Emilia Azman Shah mewakili Genesan manakala Pirapagaran tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan  26 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Loading...
Terkini