comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki lemas, terjatuh bot ketika menjala ikan

Lelaki ditemukan lemas di muara Sungai Manjung, dekat Jalan Titi Panjang, Pekan Lumut, di sini, hari ini. – -FOTO: Ihsan Bomba

IPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh dari bot semasa menjala ikan di Sungai Lumut Kanan berhampiran Jeti Titi Panjang, Seri Manjung di Lumut, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat pada 12.18 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dengan bantuan BBP Pulau Pangkor dan Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 100 meter dari lokasi dipercayai terjatuh kira-kira 10.20 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 11 pagi tadi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini