comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut apabila motosikal ditunggang hilang kawalan

Keadaan motosikal dalam parit manakala penunggangnya maut dalam nahas di Jalan Permatang Tengah, Kampung Api-Api, semalam. – Foto ihsan Polis

KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang lelaki pulang ke rumah berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas dalam parit di Jalan Permatang Tengah, Kampung Api-Api, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa, Juremi Mohd Sapie, 36, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Ijok ke rumahnya di Jalan Meranti, Kampung Api-Api.

“Tiba di lokasi, lelaki itu disyaki gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan terjatuh dalam parit di laluan bertentangan.

“Ekoran kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, polis sedang mengesan saksi bebas di tempat kejadian selain kenderaan yang terbabit nahas akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini