comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut dalam nahas dua kenderaan 

FOTO: NSTP

PUTATAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya melanggar belakang Perodua Myvi lalu terbabas dan terbalik berhampiran lampu isyarat simpang Klinik Kesihatan Putatan, Jalan Papar – Kota Kinabalu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.05 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun yang parah tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda. -FOTO: NSTP

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kenderaan pacuan empat roda telah melanggar sebuah kereta dari arah belakang sehingga kedua-duanya terbabas ke arah kiri bahu jalan.

“Akibat daripada pelanggaran itu, pemandu pacuan empat roda tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, pemandu Perodua Myvi, lelaki tempatan berusia 30 tahun hanya cedera ringan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini