comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut dalam perjalanan ke tempat kerja

FOTO IHSAN ORANG AWAM

Oleh: Safwan Sawi

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar penghadang jalan di Bulatan Simpang 5, Jalan Sungai Tajong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 6 pagi itu, mangsa Ahmad Jasman, 19, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Kongsi 8 menuju ke tempat kerja di Kompleks Fajar.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan di Bulatan Simpang 5.

“Mangsa melambung dan jatuh di atas bulatan jalan raya dalam keadaan tertiarap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Jasmin berkata, pengguna jalan raya yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Kami masih menjalankan siasatan terhadap kemalangan ini dan kes di siasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini