comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut digilis lori 

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ungku Mohsin, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian jam 8.50 pagi itu membabitkan motosikal, kereta dan lori.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa lelaki tempatan berusia 20-an menunggang motosikal dari pusat bandar menghala ke Tampoi telah melanggar belakang sebelah kanan kereta yang sedang berhenti di lorong tengah kerana lampu isyarat berwarna merah.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke lorong kanan dan digilis lori yang datang dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini