comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut digilis traktor

GUA MUSANG: Seorang lelaki Thailand maut apabila digilis sebuah traktor yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Ladang Felda Aring 5 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Puruekan Kachi, 36, dipercayai bekerja memunggah buah sawit di hadapan traktor terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada 5.10 petang.

Traktor yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Ladang Felda Aring 5, di sini, semalam. FOTO: Ihsan PDRM

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang bekerja memunggah buah sawit di hadapan traktor terbabit dan secara tiba-tiba, kenderaan itu menuju ke hadapan dipercayai kerana brek tangan tidak ditarik dengan sempurna.

“Traktor itu melanggar mangsa dan dia tercampak ke hadapan kerana keadaan jalan yang berbukit dan mangsa kemudiannya digilis oleh kenderaan terbabit.

“Mangsa masih sedarkan diri ketika di lokasi kemalangan dan dibawa ke pejabat ladang berkenaan, namun kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia pada 4.50 petang di pejabat ladang berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat di talian 017-2830392,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini