comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut dihempap jengkaut

FOTO: JBPM

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas jengkaut yang dipandunya terbalik ketika melakukan kerja membuat jalan di lereng bukit di Jalan Semeling, Taman Tasek Semeling, Bedong, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai dihempap jengkaut itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang.

Beliau berkata, operasi membabitkan sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani bersama sembilan anggota.

“Kemalangan membabitkan jengkaut dipandu mangsa yang dipercayai menghempapnya menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini