comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, dipukul rakan sekampung


KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas dipukul oleh rakan sekampungnya dalam pergaduhan di tepi jalan berhadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gaur Podos, di sini, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud difahamkan menerima laporan mengenai kejadian jam 2.13 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud,” katanya hari ini.

Justeru katanya, bertindak atas maklumat, pada jam 9.55 malam hari yang sama, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Belud menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Siasatan mendapati selepas kejadian itu, suspek melarikan diri dan bersembunyi di kebun Kampung Gaur. Operasi mengesan suspek terus dijalankan di kawasan berkenaan.

“Suspek akhirnya berjaya diberkas di rumah keluarganya ketika mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrudin berkata, mangsa dan suspek tinggal sekampung dan motif pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham yang telah lama.

“Suspek kemudian dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini