comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, kanak-kanak cedera, motosikal bergesel dengan treler

TAPAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 56 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan Hospital Tapah, pagi ini.

Mangsa berumur 61 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemboncengnya kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun cedera dan dihantar ke Hospital Tapah, sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi rawatan lanjut.

Penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera dalam kemalangan di Kilometer (KM) 56 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan Hospital Tapah, pagi tadi.-Foto: NSTP

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata polis menerima laporan kejadian terbabit kira-kira jam 7.10 pagi dan siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah treler bergesel dengan motosikal terbabit.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Faizan Ahmad@ Mohammed Razikin di talian 013-2087919.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini