comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut, kereta bertembung 4WD


TUARAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan di Jambatan Batangan berhampiran CKS Supermarket di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa, 30, yang tersepit pada tempat duduk pemandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya sepasukan 10 anggota da pegawai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.44 pagi bersama satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu dikeluarkan menggunakan peralatan khas.”

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini