comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut, kereta terbabas selepas langgar ular 

TAPAH: Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 311.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, pagi tadi dipercayai terbabas selepas melanggar seekor ular.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 5.38 pagi, dengan mangsa berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai selepas mangsa melanggar ular dan menyebabkan Honda Civic dipandunya terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Naim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan beliau memohon orang ramai yang menyaksikan kemalangan untuk tampil membantu.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @Mohammed Razikin di talian 0132087919,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini