comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, ketika membantu mangsa kemalangan

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas dilanggar pikap ketika membantu mangsa kemalangan di kilometer 8.8. Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 5.20 petang, mangsa warga tempatan yang berumur 35 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitanden Hussin Zamora berkata, sebelum kemalangan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun telah terbabas ketika dalam perjalanan dari Sungai Rengit ke bandar Kota Tinggi.

“Axia terbabit dipercayai terbabas sendiri. Apabila melihat kemalangan tersebut, seorang lelaki tempatan yang memandu Toyota Hilux dari arah bertentangan telah memberhentikan kenderaan dan membantu pemandu Axia terbabit.

“Ketika mangsa sedang membantu pemandu Axia datang sebuah Mitsubishi Triton dari arah Sungai Rengit yang dinaiki tiga lelaki telah melanggar mangsa. Akibatnya, mangsa mengalami  cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Pemandu serta dua lagi penumpang yang berada dalam kenderaan Mitsubishi Triton yang melanggar mangsa turut cedera dan dirawat di hospital sama.

Manakala pemandu Perodua Axia hanya mengalami cedera ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.c

Loading...
Terkini