comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut, lori terjunam ke dalam gaung, terbakar

Oleh : Shaharil Kadir

IPOH: Seorang lelaki maut selepas lori yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung dan terbakar dalam kejadian di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.52 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati lori tangki yang membawa muatan diesel itu, terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

Mangsa dipercayai tercampak keluar, ketika lori berkenaan terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter itu.

Pihak bomba menggunakan sumber air dari tangki bomba untuk memadamkan kebakaran.

Operasi tamat sepenuhnya jam 11.35 pagi.

Loading...
Terkini