comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut motosikal rempuh lori berhenti

FOTO Ihsan polis – Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

BENTONG: Seorang lelaki tempatan maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori tunda yang sedang berhenti di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata Samad Cham, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam nahas kira-kira jam 4.50 petang itu.

“Hasil siasatan awal polis mendapati lori tunda terbabit berhenti di bahu jalan di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

“Kira-kira 30 minit kemudian, dikatakan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang lori itu sebelum sebuah motosikal dari arah Bentong didapati melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan terbabit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini