Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut nahas kereta terbabas langgar pembahagi jalan tol

Keadaan kereta yang remuk akibat nahas

KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terlanggar pembahagi jalan di rumah tol Sungai Dua, Lebuh Raya PLUS (arah Selatan) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Adam Mifdal, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di ruangan penumpang belakang kereta.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Idrus Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan membabitkan Perodua Myvi itu pada jam 9.44 pagi.

Seramai tujuh anggota bomba BBP Kepala Batas dikerah ke lokasi kejadian.

“Nahas membabitkan tiga orang berusia 18 tahun, seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian, manakala dua yang lain cedera,” katanya, hari ini.

Dua mangsa yang cedera, Muhammad Amirul Johan Rizwal dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, kedua-duanya berusia 18 tahun, berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini