comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut terhantuk batu ketika jatuh bukit

Foto hiasan

KUALA KRAI: Seorang lelaki maut selepas kepalanya terhantuk batu ketika terjatuh dari bukit di Kampung Chenulang di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 11.56 pagi ketika mangsa yang berusia 23 tahun mengikut beberapa orang ke kebun untuk menebas kawasan kebun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, ketika sampai di atas bukit, mangsa bersandar pada sebatang pokok sebelum tiba-tiba terjatuh dan terhantuk batu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

“Siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini