comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut tersepit, kenderaan jatuh gaung 10 meter

Oleh Safwan Sawi

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh ke gaung sedalam 10 meter di Jalan Luasong, di sini, malam tadi.

Mangsa Yong Kon Siong, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata,, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.08 malam.

Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Yahya Abd Fattah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Polis,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 9.58 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini