comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki menyamar pegawai kerajaan, minta dan terima rasuah RM6,000 ditahan SPRM

 

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan di sebuah kementerian dan meminta serta menerima wang rasuah kira-kira RM6,000.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 17 Mei ini terhadap suspek yang berusia sekitar 30-an dikeluarkan oleh Majistret Syahirah Abdul Salim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek yang bekerja sendiri telah menyamar sebagai pegawai kerajaan dan meminta wang rasuah kira-kira RM8,000 daripada seorang wanita sebagai balasan bagi membantu mengubah Laporan Kimia membabitkan kes dadah suami wanita itu.

“Suspek memaklumkan akan membantu mengubah Laporan Kimia bagi membolehkan suami wanita itu yang kini ditahan reman atas kes dadah dapat dibebaskan.

“Wanita itu yang percaya dengan kata-kata suspek kemudian telah menyerahkan wang rasuah kira-kira RM6,000 kepadanya,” katanya.

Sumber berkata, suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang sekitar jam 11 malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini