comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki miliki 23 rekod jenayah, rakan ditembak mati

HULU SELANGOR: Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara (kilometer 396.5 arah utara) malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian.

“Kejadian berlaku apabila sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Perak mengekori kereta Proton Waja warna kelabu dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila suspek sedari diekori, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

“Pasukan polis mengejar suspek sehingga masuk ke Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara (KM 396.5 arah utara) dan berjaya menghentikan kenderaan suspek,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pihak polis membalas tembakan sehingga keadaan selamat.

Pemeriksaan mendapati kedua suspek di dalam kenderaan berlumuran darah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Suspek adalah dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod lampau dan salah seorang mempunyai 23 rekod jenayah serta enam masih dikehendaki oleh pihak polis.

“Manakala seorang lagi suspek identitinya masih dikenal pasti,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini