comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki OKU hilang dipercayai terjatuh dalam Sungai Benut

FOTO: JBPM Johor

PONTIAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (0KU) dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Benut, dekat sini, pagi tadi.

Susulan itu  Operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 52 tahun dilancarkan jam 11 pagi tadi.

Sebelum itu, beberapa barangan milik mangsa termasuk sebuah motosikal ditemui berhampiran sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, menurut isteri mangsa, suaminya keluar dari rumahnya di Taman Datuk Hajjah Fatimah Salim petang semalam.

“Bagaimanapun, isteri mangsa hanya membuat  laporan polis pada jam 9.04 pagi tadi selepas mengesyaki suaminya terjatuh ke dalam sungai berdasarkan penemuan motosikal jenis Honda Wave milik mangsa, di tepi Sungai Benut.” katanya.

Operasi carilamat membabitkan tiga pegawai dan 18 anggota terdiri daripada pihak Polis, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Marin Kukup.

Pasukan bomba turut mendapatkan bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon bagi pencarian di dasar sungai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini