comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 

Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah panjang di Nanga Lasi Julau, petang tadi. FOTO NSTP

BINTANGOR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terkorban dalam kebakaran rumah panjang Tuai Rumah Michael, di Sungai Sejugam Nanga Lasi Julau, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata seorang lagi mangsa wanita turut dilaporkan melecur dalam kejadian itu.

“Identiti mangsa yang terkorban bagaimanapun belum lagi diketahui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang.

Ketika tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api marak memusnahkan keseluruhan struktur bangunan rumah panjang yang dihuni 40 keluarga itu.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini