comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki parah dipijak gajah di Tugu Peringatan JRTB

Foto hiasan

GERIK: Seorang lelaki parah dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, malam tadi.

Kejadian disahkan PERHILITAN Perak yang memaklumkan kejadian berlaku pada jam 7 malam, dengan mangsa yang berasal dari FELDA Bersia, di sini mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan kepala.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian berlaku dipercayai ketika mangsa berada berhampiran sungai untuk membuang air.

“Mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika itu sudah senja iaitu sekitar jam 7 malam.

“Berdasarkan maklumat diterima, ketika kejadian terdapat 12 orang berhampiran tempat kejadian tetapi cuma dia seorang sahaja yang kena (diserang gajah), disebabkan dia sahaja yang ke sungai,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini