comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki parah langgar pokok tumbang

Foto hiasan

TAMPIN: Penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke tempat kerja, parah selepas dipercayai terlanggar pokok tumbang berhampiran Taman Sri Nova, Jalan Tampin– Gemas, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, nahas kira-kira 7 pagi itu berlaku ketika hujan lebat dan pokok berkenaan dipercayai tumbang akibat ribut.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa lelaki berusia 20 mengalami keceraan di beberapa bahagian badan masih dirawat di hospital.

“Berlaku satu kemalangan jalan raya membabitkan seorang penungang motosikal dipercayai melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Taman Sri Nova.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Gemas menghala ke Kilang Honda Alor Gajah, Melaka dan apabila sampai di tempat kejadian ketika itu hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Akibat kemalangan ini penunggang motosikal seorang lelaki berumur 20 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan paha kiri. Dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya itu diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin dan boleh menghubungi di talian 064412502 atau 064431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini