JASIN: Seorang lelaki putus pergelangan tangan kanan selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terbalik di selekoh Jalan Bemban-Gapam, semalam.
Dalam Kejadian 5.45 petang itu, mangsa, Maria Josph, 51, sedang memandu Mitsubishi Triton dari arah pekan Bemban menghala ke bandar Melaka.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan lalu terbabas ketika selekoh, dengan cuaca selepas hujan dan jalan basah.
“Kenderaan itu terbabas ke tengah jalan dan melanggar tiang lampu lalu terbalik di tengah pembahagi jalan.
“Akibat kemalangan, mangsa yang bekerja sebagai mandur putus pergelangan tangan kanan dan dibawa ke hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa