comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki rempuh kereta akibat tidak tahan bunyi bising kekasih bergaduh

Tangkap layar video tular

Oleh Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Seorang lelaki berang hingga berlaku perselisihan faham, susulan bunyi bising yang tercetus daripada pertengkaran pasangan kekasih di sebuah unit kondominium di ibu negara.

Tidak setakat itu, lelaki tersebut bertindak melanggar kereta dinaiki pasangan tersebut di kawasan parkir kondominium.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan satu video berdurasi 27 saat yang tular semalam.

Polis mengesahkan, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun berhubung kejadian itu.

Siasatan mendapati dalam insiden jam 2.15 petang 22 April lalu, pengadu dan teman wanitanya bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising.

Seorang lelaki yang juga rakan kepada penyewa lain di dalam rumah itu berang dengan pertengkaran yang berlaku dan berlaku perselisihan faham.

Kejadian kemudian berlarutan di kawasan parkir apabila suspek bertindak memandu kenderaannya dan sengaja melanggar kereta pengadu.

Ini menyebabkan kereta pengadu mengalami kerosakan, namun tiada kecederaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari JSJ IPD Brickfields menangkap suspek pada jam 6.15 petang, Rabu lalu.

Suspek kini direman 3 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah sejak 2014 dan masih dikehendaki berhubung siasatan kes jenayah di Cheras.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini