comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki rentung dalam kebakaran pangsapuri

Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran bilik di sebuah pangsapuri di Damansara Damai, Apartmen Lestari, Damansara Damai malam ini. – FOTO: Ihsan Bomba Selangor

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran bilik sebuah pangsapuri di Damansara Damai, Apartmen Lestari, Damansara Damai, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.23 malam.

Sepasukan 18 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Damansara kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat empat yang terbakar di bahagian bilik.

“Anggaran kemusnahan adalah 50 peratus dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 40-an ditemui rentung di atas katil dalam bilik berkenaan jam 9.30 malam.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini