comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki rentung, Myvi terbakar akibat kemalangan 3 kenderaan

FOTO: JBPM

KULAI: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.24 malam. Anggota bomba tiba di lokasi kejadian jam 11.53 malam.

Katanya, seorang pemandu terperangkap dalam Myvi yang terbakar susulan kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu lori treler membawa muatan tanah dan sebuah Proton Iswara.

“Mangsa lain dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa yang rentung dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Identiti lelaki yang rentung belum dikenal pasti manakala seorang penumpang perempuan dewasa berusia 32 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun yang menaiki Perodua Myvi berkenaan dilaporkan cedera.

Dua lelaki dewasa berusia 18 dan 22 tahun yang menaiki Proton Iswara cedera manakala seorang lelaki berusia 33 tahun iaitu pemandu treler tidak cedera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini