comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki sembur arak di kepala emak, ugut cederakan keluarga ditahan polis

Foto hiasan

JEMPOL: Selamba meminum arak di hadapan ibu, isteri dan anaknya, seorang pemandu lori turut bertindak kurang ajar menyembur air arak ke kepala ibunya.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek yang menetap di Felda Palong Dua di sini, turut menggugut mahu mencederakan keluarganya itu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, susulan laporan polis yang diterima, suspek berusia 36 tahun itu ditahan polis dan direman sehingga esok.

“Tiada senjata yang dirampas berikutan kesemua mangsa hanya mendengar ugutan suspek dan tidak nampak senjata dibawa.

Menurut Hoo, berdasarkan keterangan ibu suspek, anaknya itu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika dia dan menantu berada di dalam bilik.

“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik sambil membawa botol arak dan meminumnya.

“Suspek turut bertindak menyembur air arak yang diminum ke arah kepala ibunya. Tindakan itu dihalang isteri suspek,” katanya.

Menurutnya, wanita itu kemudian mengunci pintu bilik sebelum suspek menggugut mahu mencederakan mereka menggunakan pisau dan parang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini