comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki tikam isteri hingga mati direman

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang disyaki menikam bekas isterinya sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Darulnaim, Pasir Tumboh, di sini, semalam direman tujuh hari.

Lelaki berusia 51 tahun yang parah selepas dipercayai menikam dirinya sendiri dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu direman sehingga Sabtu ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Rokiah Ayub, 42, maut dipercayai ditikam bekas suaminya, manakala bekas suaminya cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Artikel berkaitan: Peniaga air balang maut disyaki ditikam bekas suami

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata,  siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati mangsa negatif dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang wanita yang juga peniaga air balang maut dipercayai ditikam bekas suaminya.

Mangsa yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Loading...
Terkini