comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga India ditahan, lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di medan selera  

Foto hiasan

AMPANG: Seorang lelaki wargan India berusia 34 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan amang sekskual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun di medan selera di sini minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, tangkapan dilakukan susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 20 Mei lalu.

“Pengadu seorang wanita warga tempatan merupakan ibu kepada mangsa telah membuat satu laporan Polis menyatakan bahawa pada 20 Mei 2024 jam lebih kurang jam 5 petang, telah dimaklumkan oleh anak perempuan pengadu berumur 2 tahun (mangsa) semasa sedang bermain di kawasan sekitar.

“Seorang lelaki telah membuat sesuatu kepada mangsa sehingga mangsa merasakan sakit di bahagian kemaluan. Hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan mengesahkan terdapat kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Susulan daripada itu, polis telah menahan suspek pada 23 Mei lalu di Pandan Indah.

Siasatan awal mendapati, suspek bekerja sebagai pelayan kedai makan.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Suspek kini direman selama lima hari sehingga 28 Mei untuk disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini