comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga tempatan maut terjatuh bangunan

Foto hiasan

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas dilaporkan terjatuh dari sebuah bangunan di Blok D, Taman Putra Damai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 42 tahun dan merupakan warga tempatan.

Pihaknya menerima laporan sekitar jam 11.50 pagi sebelum menuju ke lokasi kejadian.

“Mangsa terjatuh ke atas tanah di belakang rumah penduduk menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis dalam masa sama meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Loading...
Terkini