comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga Thailand maut, van rempuh lori 

Foto Ihsan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

MANJUNG: Seorang lelaki warganegara Thailand maut, manakala seorang lagi parah apabila kenderaan yang dinaiki meraka melanggar sebuah lori di Kilometer 215 Lebuhraya WCE, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu sekitar jam 8.30 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori yang sedang bergerak dari arah Butterworth ke Klang memberhentikan kenderaannya di laluan kecemasan kerana mengalami masalah tayar pancit.”

“Tiba-tiba van yang dinaiki mangsa dari arah sama dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan kecemasan lalu merempuh bahagian belakang lori itu,” katanya.

Akibat pelanggaran, penumpang van berusia 28 tahun telah tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu berusia 23 tahun cedera parah.

Mangsa yang tersepit kemudiannya dikeluarkan dengan bantuan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini