comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lembaga Tabung Haji kerjasama dengan LHDN, semak pendapatan bakal jemaah

 

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji TH akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN bagi menyemak pendapatan bakal jemaah haji mengikut kategori masing-masing.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Senator Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, ini bagi memastikan bantuan kewangan dapat dirasai sepenuhnya golongan memerlukan.

“Kita bekerjasama dengan pihak kerajaan LHDN dan agensi lain untuk memastikan kumpulan sasar dikenalpasti itu benar-benar memenuhi kriteria mengikut kategori mereka B40, M40 dan T20,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat.

Katanya, TH juga mengambil kira cadangan untuk mewujudkan wakaf haji bagi meringankan tekanan subsidi bantuan kewangan yang ditanggung syarikat itu.

Menurut Datuk Mohd Naim, TH menjangka jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat dari RM185 juta pada tahun 2022 kepada RM400 juta pada tahun ini.

“Jumlah itu dijangka meningkat hampir RM500 juta pada 2024 sekiranya bayaran haji tidak disemak”

“Perkara itu akan memberi kesan kepada TH yang juga perlu memberi agihan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya,” katanya.

Kerjasama dengan LHDN dan agensi lain untuk memastikan kumpulan sasar memenuhi kriteria mengikut kategori B40, M40 dan T20 dan memastikan bantuan kewangan TH dapat dirasai sepenuhnya golongan memerlukan.
Loading...
Terkini