comscore
Tumpuan :
Nasional

Lembu korban meronta, Ketua Pemuda PAS cedera terkena pisau sembelih

Ketua Pemuda PAS DUN Telemong,
Mohamad Yusuf Abdullah, 34, cedera pada betis kanan selepas terkena pisau sembelih. – FOTO:
Ihsan Pembaca

KUALA BERANG: Ketua Pemuda PAS DUN Telemong cedera pada betis kanan akibat terkena pisau sembelih ketika melakukan ibadah korban di Kampung Matang, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi apabila lembu korban yang kedua secara tiba-tiba meronta hingga menyebabkan pisau dipegang Mohamad Yusuf Abdullah, 34, tersasar ke betisnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Telemong, Mohd Safari Abu berkata berikutan kejadian itu Mohamad Yusuf, dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan.

Mohd Safari berkata, dia difahamkan Mohamad Yusof, kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi dapatan rawatan lanjut.

“Saya turut berada di lokasi kejadian namun, insiden tidak terduga ini berlaku begitu pantas berikutan haiwan sembelihan itu secara mengejut bertindak meronta.

“Lembu pertama disembelih dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku namun lembu kedua tiba-tiba meronta-ronta,” katanya.

Menurutnya, menjadi rutin Mohamad Yusuf setiap kali Aidiladha akan dijemput untuk menyembelih ternakan korban di beberapa kampung di dalam DUN Telemong.

Katanya, namun kali ini berlaku kejadian di luar kekuasaan semua dan kami berharap Mohamad Yusuf segera sembuh akibat kejadian itu.

“Ibadah korban diteruskan dengan lebih berhati-hati dan tiada sebarang insiden berlaku sehingga program tamat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini