comscore
Tumpuan :
Nasional

Lengkap Vaksinasi & Perlu Kebenaran PDRM Antara SOP Untuk Melancong Ke Langkawi

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Pulau Langkawi mulai 16 September ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh mengunjungi pulau peranginan terbabit.

“Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19”.

“Tiada had umur ditetapkan untuk masuk ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Pembukaan Semula Sektor Pelancongan Langkawi, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Santhara dan Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat.

Nancy turut berkata, perlindungan insuran dan saringan COVID-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.

Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi:

i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi

ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP;

vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);

vii. Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya);

viii. Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

x. Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan

xi. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Loading...
Terkini