comscore
Tumpuan :
Nasional

Lesen Pasadana Travel & Tours digantung 8 bulan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Lesen syarikat pengendali umrah, Pasadana Travel & Tours Sdn Bhd digantung selama lapan bulan 12 hari berkuat kuasa mulai 20 April lalu sehingga 31 Disember ini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penggantungan lesen syarikat itu selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“Di bawah subseksyen 8(1)(b) Akta 482 iaitu pengusaha pelancongan berlesen melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian.

“Subseksyen 8(1)(d) iaitu telah menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh penggantungan lesen berkenaan, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

Mengulas lanjut, MOTAC menegaskan, syarikat tersebut juga dikehendaki memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan syarikat.

“Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini