KLANG: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau kecuaian dalam kejadian letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, di sini Isnin minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca reaksi bahan kimia.
Siasatan lanjut kini diteruskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Siasatan selesai, tiada apa-apa kecuaian, unsur jenayah. Cuma disebabkan reaksi bahan kimia menyebabkan letupan itu dan polis juga selesai mengambil keterangan pemilik kilang, pekerja dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
“Jumlah mangsa semua 33 orang, tiada kecederaan atau kematian cuma sesak nafas dan pedih mata… pihak kilang kini dalam proses pembersihan,” katanya selepas Walkabout Ketua Polis Daerah Klang Utara ke Pasar Pagi Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang hari ini.

Dalam kes berasingan, Vijaya mengesahkan dua dari tiga pekerja warga asing meninggal dunia selepas parah melecur dalam kebakaran di sebuah kilang penyimpanan gas di Aman Perdana, dekat sini Selasa minggu lalu.
“Seorang pekerja disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Rabu lalu, manakala seorang lagi pekerja disahkan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Shah Alam.
“Seorang lagi pekerja kilang terbabit yang cedera masih dirawat di HTAR.
Ketiga-tiga pekerja asing ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Siasatan mendapati, punca kematian disebabkan cedera akibat letupan gas sehingga berlaku kebakaran,” katanya.
Vijaya berkata, siasatan polis dijalankan di bawah Kematian Mengejut dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan sama ada punca kebakaran ini disebabkan kecuaian, khianat atau jenayah.
“Kita tunggu laporan bomba, sekiranya ada perkembangan terkini, kita akan maklumkan kepada pihak media.
“Kita juga sudah mengambil keterangan daripada pemilik kilang dan pekerja yang cedera,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, sebuah kilang penyimpanan gas musnah dalam kebakaran yang turut merebak ke dua bangunan lain di lokasi terbabit.
Beliau berkata, kejadian itu turut menyebabkan tiga lelaki warga asing cedera parah akibat melecur, manakala empat yang cedera ringan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Letupan kilang kimia: Bau bahan kimia membimbangkan, pemantauan semasa dilakukan Bomba, PDRM
- [VIDEO] Letupan kilang kimia: Bunyi macam bom meletup – Saksi
- [VIDEO] Kebakaran kilang di Klang: Bacaan udara kembali normal
- [VIDEO] Kebakaran kilang di Klang: Polis, bomba kawal keselamatan lokasi
- Kebakaran kilang di Klang berpunca daripada bahan kimia – Polis
- Letupan kilang kimia bukan disebabkan kebakaran – Bomba
- Letupan kilang kimia: Kerja-kerja pembersihan bermula pagi ini
- Letupan kilang kimia: Kualiti udara selamat, siasatan diteruskan bagi kenal pasti punca – JAS
- Letupan kilang kimia: Orang ramai di sekitar lokasi boleh jalankan aktiviti seperti biasa – Polis
- Letupan kilang kimia: Polis sahkan 33 mangsa alami sesak nafas, pedih mata