PETALING JAYA: Syarikat Global Ikhwan Services And Business Holdings (GISBH) didapati tidak pernah membayar cukai, jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, ia hasil siasatan yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Hasil kolaborasi siasatan bersama LHDN mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan ini selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, tambah Razarudin, seramai 34 tahanan GISBH telah selesai menjalani tempoh reman akan ditangkap semula dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Dalam pada itu, berdasarkan kepada keterangan yang diperolehi, sebanyak 34 tahanan yang telah selesai menjalani tempoh reman akan ditangkap semula dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Manakala seramai 127 orang tahanan dibebaskan dengan jaminan setelah selesai tempoh reman,” jelasnya lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.