comscore
Tumpuan :
Nasional

Lif rosak di Hospital Melaka sudah dibaiki 

Foto tangkap layar : Dr Zaliha Mustafa / Twitter

PETALING JAYA: Masalah lif rosak di Hospital Melaka sudah diatasi petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi laman twitternya.

Dr Zaliha berkata belliau sendiri telah menghubungi Pengarah Hospital Melaka untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian yang berlaku.

Tegasnya masalah lif itu telah diatasi petang semalam sebaik siap dibaiki oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).

Semalam tular kakitangan Hospital Melaka memindahkan seorang pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan, menggunakan tangga untuk ke unit rawatan rapi (ICU) disebabkan kerosakan lif.

Bersama video pendek yang tular itu, disertakan catatan merayu bantuan pihak berwajib termasuk EXCO kesihatan mengambil tindakan segera menangani masalah itu dan membantu kakitangan hospital berkenaan.

Mengulas kejadian itu, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem, mengakui pemindahan pesakit melalui tangga disebabkan kerosakan lif di luar jangkaan pada Jumaat lalu.

Beliau menjelaskan, Hospital Melaka kini dalam proses melaksanakan kerja naik taraf lif di beberapa blok dan menyebabkan bilangan operasi lif dikurangkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengantian lif baharu.

Loading...
Terkini