Tumpuan :
Nasional

Liga Arab sokong usul Malaysia gantung, singkir Israel dari PBB

Datuk Seri Anwar pada sidang media di Kaherah, Mesir hari ini yang turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Oleh: Azwaliza Azman

KAHERAH: Liga Arab menyatakan sokongan terhadap gesaan Malaysia untuk menggantung atau menyingkirkan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti yang diusulkan pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, Mesir semalam.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak usul yang telah disepakati, dengan fokus utama menghentikan serangan dan kezaliman.

Ujarnya, terdapat rujukan di mana PBB pernah menyingkirkan Afrika Selatan kerana meneruskan dasar Apartheid dan melanggar peraturan dan keputusan PBB, namun tindakan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Veto oleh kuasa besar pada ketika itu.

“Saya sebut semalam dalam ucapan di Riyadh bahawa langkah diambil oleh Israel itu jauh lebih parah daripada dilakukan Afrika Selatan, tetapi mereka diizinkan untuk berfungsi sebagai satu negara dan berfungsi di PBB.

“Banyak usul yang disepakati, hal yang agak ketat dan keras itu dimasukkan, cuma istilah penyingkiran itu elak, kerana mereka rasa perlu diberikan ruang untuk berunding, yang utama bukan penyingkiran tetapi henti serangan,” katanya kepada media Malaysia di Kaherah sebelum menamatkan lawatan rasminya di Mesir.

Beliau juga berkata resolusi itu turut menyeru semua negara untuk mengharamkan eksport atau penyaluran senjata ke Israel.

Selain mengklasifikasikan peneroka haram Israel sebagai organisasi pengganas serta memboikot produk keluaran mereka di Wilayah Palestin yang diduduki.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini