comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima gerai hangus dalam kebakaran

FOTO: JBPM

Oleh Baharuddin Mohamed 

MELAKA: Pelanggan dan peniaga bertempiaran lari apabila lima gerai dijilat api dalam kebakaran di sebuah medan selera di Bukit Baru, Melaka malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada jam 11.40 malam itu.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohamad Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 malam sebelum dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Difahamkan sebelum kejadian beberapa pelanggan dan peniaga berada di medan selera terbabit.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian pada jam 11.50 malam, terdapat kebakaran lima gerai  di dalam kawasan medan selera telah terbakar sebanyak 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FOTO: JBPM

Menurut Mohamad Hamdan, sebelum bomba dan penyelamat tiba, beberapa peniaga cuba memadamkan api yang sedang marak namun gagal.

Katanya, kerja-kerja pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 1.15 pagi tadi.

Ujarnya, seramai 17 pegawai dan anggota daripada BBP Ayer Keroh dan Bukit Katil terlibat dalam kerja-kerja pemadaman di medan selera berkenaan.

Pihaknya sedang menyiasat punca kejadian dan kerugian yang dialami peniaga.

Loading...
Terkini