comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima pegawai penguat kuasa terima suapan RM600,000

KUCHING: Lima anggota penguat kuasa antara 10 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak selepas disyaki meminta dan menerima suapan daripada lima individu berbeza.

Suapan sebagai balasan melindungi individu terbabit dan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kegiatan perjudian haram sekitar negeri itu.

Penahanan membabitkan 10 suspek lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an.

Mereka ditahan dalam operasi khas di Sibu dan Kuching semalam sekitar 4.00 petang sehingga 11.00 malam.

Kesalahan dilakukan pegawai-pegawai penguat kuasa tersebut dipercayai berlaku sejak tahun 2019.

Perintah reman kesemua suspek dikeluarkan Majistret, Mason Jaro Lenya Barayan selama empat hari bermula hari ini hingga 16 September.

Kes kemudiannya disahkan Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini