comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima pegawai Sivakumar ditamatkan kontrak – Sumber

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Lima pegawai yang bekerja di bawah Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditamatkan kontrak, menurut sumber kementerian itu kepada sebuah portal.

Sumber itu turut mengesahkan terdapat seorang pegawai daripada kementerian berkenaan yang dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan diberikan oleh Sivakumar berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pembantu Sivakumar, bagaimanapun membebaskan mereka selepas perintah reman empat hari tamat pada 17 April lalu.

Penahanan mereka dipercayai berhubung siasatan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Beberapa pihak turut mendesak Sivakumar supaya bercuti atau meletakkan jawatan selepas beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Sivakumar bertegas tidak akan meletak jawatan dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Loading...
Terkini