comscore
Tumpuan :
Kes

Lima pengunjung nyaris lemas di lagun

KUALA TERENGGANU: Tindakan pantas pengunjung lagun berjaya menyelamatkan lima mangsa daripada lemas di Lagun Kuala Ibai, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, empat kanak kanak berumur 10 hingga 12 tahun sedang bermain bola di lagun berkenaan.

Ketika bermain, salah seorang dari mereka menendang bola jauh ketengah lagun.

Cubaan mengambil balik bola tersebut akhirnya membawa padah apabila kesemua mereka hampir lemas.

Seorang pengunjung berusia 20-an memberanikan diri berenang ke tengah lagun untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan

Namun, dia turut mengalami kekejangan kaki ketika dalam usaha membawa kesemua kanak kanak berkenaan ke daratan.

Beberapa pengunjung yang melihat kejadian itu berenang ke tengah lagun dan berjaya menyelamatkan kelima-lima mangsa.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan

Loading...
Terkini