comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima rumah kedai musnah dalam kebakaran di Hutan Melintang

Oleh Shaharil Kadir

BAGAN DATUK: Lima buah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Batu 10, Jalan Hutan Melintang petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.41 petang memaklumkan kejadian itu.

Operasi memadam kebakaran digerakkan anggota bomba dari balai Hutan Melintang dibantu anggota balai bomba Teluk Intan dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan.

Sebuah kedai minuman keras, sebuah restoran, dua unit kedai yang dijadikan rumah serta sebuah unit kosong musnah antara 80 hingga 90 peratus.

Seorang anggota pasukan bomba sukarela telah mengalami kecederaan ketika operasi pemadaman.

Mangsa telah diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

 

Loading...
Terkini