comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] LIMA’23: Perdana Menteri rasmi pembukaan segmen maritim

Oleh: Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pembukaan segmen maritim Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) di Resort World Langkawi, di sini.

Aksi pembukaan segmen itu menampilkan demostrasi khas penyusupan pasukan penyelam menggunakan jet ski dengan membawa kompas perasmian ke hadapan pentas untuk diaktifkan Perdana Menteri sebagai gimik perasmian disusuli demonstrasi bot maritim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan segmen maritim Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) di Resort World Langkawi, di Langkawi

Demostrasi terbabit adalah hasil kerjasama gabungan kepakaran anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR), Unit Gempur Marin PDRM dan Jabatan Laut Malaysia bersama aset permukaan dan udara.

Pertunjukan turut diserikan dengan pergerakan khas anggota elit dan aset milik pasukan pertahanan maritim negara membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Perikanan.

Persembahan gerakan pantas taktikal aset maritim pula melibatkan bot tempur, kapal peronda dan helikopter milik agensi pertahanan negara.

Persembahan terakhir adalah pertunjukkan terbang dan pelayaran lintas hormat membabitkan aset udara serta laut sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis ini,  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Kadir; Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob.

Loading...
Terkini