comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] LKAN: Kerajaan dapat bayaran balik RM100 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh RM100 juta dalam tempoh tiga tahun, menerusi hasil pengauditan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi memaklumkan audit yang dijalankan juga memberi kesan positif menerusi tindakan pembetulan dan penambahbaikan oleh agensi kerajaan berkaitan.

Bayaran balik diperoleh menerusi tuntutan penalti selain sewa tertunggak daripada 2020 hingga 2022.

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) merafak sembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan menerima menghadap di Istana Negara pada 19 Jun 2024/Foto Jabatan Audit Negara

Jabatan Audit Negara turut akan melaksanakan pendigitalan perkhidmatan mulai Julai tahun depan dengan pendekatan pengauditan yang inklusif.

Mengenai Rang Undang-undang Audit Pindaan 2024 yang diluluskan parlimen semalam,Datuk Wan Suraya berkata penekanan diberi dalam skop pengauditan terhadap pengurusan wang haram yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini