comscore
Tumpuan :
Nasional

LLM, syarikat konsesi diarah periksa segera dakwaan keretakan di Lebuhraya SPE

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) diarah membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan di Jalan Cheras, di sini, yang didakwa retak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keselamatan semua pihak, terutama pengguna jalan raya amat dititikberatkan.

Beliau memaklumkan demikian menerusi akaun X sebagai reaksi kepada satu hantaran berserta gambar yang mendakwa keretakan di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan semakin besar.

“Saya amat memandang serius perkara ini,” kata Nanta.

SPE dibuka sepenuhnya pada 3 November lalu, mempunyai laluan tiga lorong dua hala dan tujuh persimpangan bertingkat.

Lebuh raya itu dibahagikan kepada empat seksyen utama, iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 20.7 kilometer.

Ia menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan lain-lain bagi meningkatkan kecekapan rangkaian dan mengurangkan kesesakan di ibu negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini